BAB 1: PENGENALAN SOSIOLOGI
Pengertian Sosiologi.
- Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat.
- Merupakan kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku manusia. Ilmu sosiologi juga tertumpu kepada sekelompok masyarakat serta meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia dan kelompoknya.
- Terdapat pendekatan kajian yang berkait rapat dalam teori sosiologi pendidikan iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionalisme.
1) Teori Fungsionalisme .
- Masyarakat yang dianggap seperti tubuh badan manusia yang punya bahagian
- Memberi penjelasan tentang organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan.
- Teori ini biasanya banyak digunakan di institusi atau sekolah-sekolah di Malaysia.
2) Teori Konflik.
- Teori konflik ini menganggap bahawa terdapat berlakunya permasalahan antara individu dengan kumpulan masing-masing di mana mereka cuba mempertahankan idea atau pendapat.
- Sebagai contohnya pelajar ditekankan oleh guru dan ibu bapa supaya mendapat keputusan yang cemerlang ini menyebabkan mereka mengalami tekanan kerana usia kanak-kanak ketika ini lebih suka bermain dengan rakan sebaya.
3) Teori Interaksionisme .
- Teori ini banyak digunakan dalam sosiologi, teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasi dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
- Teori ini juga mengkaji makna simbolik atau makna tersirat secara subjek. Seterusnya, melihat bagaimana makna simbolik digunakan dalam interaksi.
- Pendekatan interaksionisme dapat dilihat antara hubungan guru dengan murid, murid dengan guru dan guru dengan guru. Antara teknik- teknik yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah dengan membuat janji dan diancam atau amaran manakala murid pula melakukan gangguan.