Thursday, October 11, 2018

BAB 1: PENGENALAN SOSIOLOGI

Pengertian Sosiologi.
  • Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji  bidang pendidikan  dalam sesebuah masyarakat.
  • Merupakan kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku manusia. Ilmu sosiologi juga  tertumpu kepada sekelompok masyarakat serta meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia dan kelompoknya.
  • Terdapat pendekatan kajian  yang berkait rapat dalam teori sosiologi  pendidikan iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionalisme.

1) Teori Fungsionalisme .
  • Masyarakat yang dianggap seperti tubuh badan manusia yang punya bahagian
  • Memberi penjelasan tentang organisasi  sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan.
  • Teori ini biasanya banyak digunakan di institusi atau sekolah-sekolah di Malaysia.
2) Teori Konflik.
  • Teori konflik ini menganggap bahawa terdapat berlakunya permasalahan antara individu dengan kumpulan masing-masing di mana mereka cuba mempertahankan idea atau pendapat.
  • Sebagai contohnya pelajar ditekankan oleh guru dan ibu bapa supaya mendapat keputusan yang cemerlang ini menyebabkan mereka mengalami tekanan kerana usia  kanak-kanak ketika  ini lebih suka bermain dengan rakan sebaya. 
3) Teori Interaksionisme . 
  • Teori ini banyak digunakan dalam sosiologi, teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasi dan bertindak  mengikut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
  • Teori ini juga mengkaji makna simbolik atau makna tersirat secara subjek. Seterusnya, melihat bagaimana makna simbolik digunakan dalam interaksi.
  • Pendekatan interaksionisme dapat dilihat antara hubungan guru dengan murid, murid dengan guru dan guru dengan guru. Antara teknik- teknik yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah dengan membuat janji dan diancam atau amaran manakala murid pula melakukan gangguan.

No comments:

Post a Comment

BAB 13 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KONSEP PENGURUSAN PEMBELAJARAN > Menurut Stoner (1984) mengatakan penguurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, men...