Saturday, November 24, 2018

BAB 12 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

>Sekolah adalah tempat pusat penyebaran  maklumat dan ilmu pengetahuan
>Berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang bersahsiah dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PERSEKITARAN FIZIKAL.

> Susunan dan reka bentuk fizikal
> Sumber Bahan pembelajaran
> Ruang atau sudut pembelajaran.
> Pengudaraan
> Perabot
> Kebersihan

PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL

> Suasana selesa dan mesra
> Suasana yang merangsang pembelajaran
> Menggalakkan pembelajaran koperatif
> Memberi peluang yang sama kepada semua murid.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT.

> Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi satu agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran.
>Sekolah mementingkan  perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat.
> Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.

PERANAN SEKOLAH KEPADA MASYARAKAT.

>Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak-kanak belajar tentang perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka.
>Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis
>Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.

PERANAN IBU BAPA.

>Ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui bantuan dana dan kepakaran
> Membantu membanteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah.
>Menghadiri jemputan sekolah untuk memberi motivasi dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid.

HUBUNGAN SEKOLAH & IBU BAPA  (PIBG)

>Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru
> Membantu dalam memajukan perkembangan murid
> Menjaga kebajikan murid
> Menambah sumber kewangan sekolah
>Menjayakan aktiviti dan program pendidikan
>Meningkatkan keceriaan premis sekolah.

KERJASAMA ANTARA SEKOLAH DAN MASYARAKAT.

> Menyediakan kemudahan seperti dewan, gelanggang, padang yang  boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama.
>Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah.
> Kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempay lawatan sambil belajar untuk pelajar.

CABARAN- CABARAN YANG DIHADAPI.

> Masalah buku teks, prasarana yang tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian, buku kerja tambahan yang dianggap membebankan ibu bapa.
> Sikap ibu bapa menyerahkan tugasan mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru.
>Apabila kanak-kanak terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa akan menuding jari dengan menyalahkan guru adn pihak sekolah.
>Ibu bapa yang cepat melatah dan mengambil tindakan disiplin terhadapa anak-anak mereka.



> Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turt mendapat faedah. yang berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual.


No comments:

Post a Comment

BAB 13 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KONSEP PENGURUSAN PEMBELAJARAN > Menurut Stoner (1984) mengatakan penguurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, men...