Tuesday, November 13, 2018

BAB 2 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Definisi Pengurusan.
➧Pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha -usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
Pengurusan merupakan  satu proses   mendapatkan kerjasama secara berkesan untuk mencapai matlamat.

Guru yang profesion haruslah mampu menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan berikut :
  1. Pelajar                                      
  2. Pedagogi
  3. Kurikulum➔
  4. Konteks Pedadogi 
  5. Kandungan Mata Pelajaran
  6. Konteks pendidikan di Malaysia  
  7. Tujuan dan Falsafah Pendidikan di Malaysia
Pengurusan Sekolah.
➧Sekolah dan sistemnya adalah organisasi. Klien dan bahan mentahnya adalah manusia  serta kumpulan sasarannya adalah kanak-kanak dan remaja untuk perkembangan mental, emosi, fizikal dan sosial.
 ➧ Manusia adalah hasil modal  insan atau aset utama sesebuah negara.
 ➧Menurut Abdul Rahim Abd Rashid (2001), pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk sesebuah sekolah organisasi yang dinamis.
 ➧ Pengurusan strategik di kalangan pengurus di sekolah-sekolah adalah amat penting untuk mewujudkan sekolah yang berkesan.

Konsep Dan Pengertian Pendidikan Islam.
  1. Tarbiah (mengasuh, memelihara, memberi)
  2. Ta' dib (mendidik, membentuk akhlak dan adab)
  3. Ta' lim (pengajaran)   
 ➧Dalam islam tarbiah, ta 'lim bergabung untuk melahirkan insan yang terdidik dan berilmu, mempunyai kesedaran, menghayati, menginsafi serta beramal.

Prinsip Pengajaran.
 ➜ Merancang : pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan.
  • Set Induksi - Aktiviti yang ringkas bagi menarik minat dan perhatian
  • Penyampaian - Apakah langkah guru dan pelajar (aktiviti) yang sesuai dengan masa, bahan dan aras pencapaian.
  • Penutup - Mengukuhkan isi, penilaian dan merumus.
Prinsip Pembelajaran.
  • Latihan - murid dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru.
  • Kondusif -Suasana pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi dan rohani.
  • Bermatlamat - Pengajaran berfokuskan akan  memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari senang ke susah.
  • Penglibatan Aktif -  Pelajar perlu dilibatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. supaya pengajaran lebih bermakna.
  • Persediaan awal - persediaan guru dari segi memahami kandungan persediaan bahan, latar belakang murid. 
Faktor Mempengaruhi Kesediaan Belajar.
  • Kematangan fizikal iaitu berupaya dari segi kognitif, afektif dan  kemahiran.
  • Mengekalkan perhatian dengan memberikan tumpuan semasa pengajaran dijalankan.
  • Pengalaman sedia iaitu murid lebih bersedia dan yakin dalam belajar sekiranya bahan pembelajaran disediakan.

No comments:

Post a Comment

BAB 13 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KONSEP PENGURUSAN PEMBELAJARAN > Menurut Stoner (1984) mengatakan penguurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, men...