Saturday, November 24, 2018

BAB 11 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

PENGENALAN.

•Pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan pelajar pelbagai upaya seharusnya diberi perhatian
dan seharusnya di ajar menggunakan modul yang sesuai bagi mereka. 
•Berdasarkan prestasi murid yang dikesan melalui pentaksiran, murid-murid yang mendapat prestasi
yang cemerlang akan diberi pengayaan dan mereka yang mendapat prestasi yang rendah perlu diberi
pemulihan di dalam kelas.
•Manakala pelajar berkeperluan khas yang menunjukan prestasi cemerlang perlu mengikuti
program inklusif.Ini penting bagi memastikan semua murid mendapat peluang sesuai dengan slogan
pendidikan untuk semua.

Konsep Pendidikan Pemulihan 

> Satu perkhidmatan yang diadakan secara khusus untuk murid-murid yang menghadapi
kesulitan pembelajaran seperti kemahiran membaca , menulis dan mengira. 
> Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan.
> Program pemulihan  khas adalah mengutamakan prinsip meyelesaikan masalah seawal
mungkin  supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat
persekolahan menengah rendah

K
Definisi & Konsep Keperluan Khas 
i.Semua manusia tidak memiliki kesempurnaan sama ada dari segi fizikal, mental, emosi dan 
sosial. Mereka dikenali sebagai pelajar berkeperluan khas. 
ii.Menurut Ormrod pada tahun 2000, beliau mengkategorikan bahawa pelajar berkeperluan khas
kepada beberapa kategori seperti:
         •pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran,
•kecacatan bahasa atau percakapan,
•gangguan emosi,
•autisme,
•pelajar pintar cerdas,
•mengalami kecacatan mental, anggota, pendengaran
•lain-lain. 

DEFINISI MURID BERKEPERLUAN KHAS 

•Menurut Akta Pendidikan 1996, murid-murid berkeperluan khas bermaksud murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.
•Menurut Heward 2003, kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak- kanak Pintar Cerdas
merupakan kumpulan pelajar yang memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah
mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka.
•Kail 2001 menyatakan bahawa hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu 
luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. 
exceptional children merupakan murid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar
profesional klinikal sebagai permasalahan yang mengganggu proses pembelajaran.
Permasalahan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam
kebolehan-kebolehan fizikal, intelek, emosi dan sosial.
•Masalah Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif
( kerencatan akal ) yang dianggap boleh diajar ( Educable ) dan boleh mendapat pendidikan
formal ( Encik Abdul Rahman Bin Talib, 2007) 


KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 

Kanak-kanak luar biasa (exceptional children)  Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak 
kanak biasa; merangkumi mereka yang mengalami   kesukaran dalam pembelajaran dan juga 
mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada   kanak-kanak biasa. 

Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities) 
  Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara 
sinonim  dgn   mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan.
 Ketidakupayaan ini menghalang   dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan  
tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh   orang biasa.

 Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children) 
  Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika  
 berinteraksi dengan dengan persekitaran. 

Kanak-kanak berisiko (at risk children)
 Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar  
mengalami   sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko  
untuk menjadi cacat 

KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN

 1. Masalah Pembelajaran Spesifik
 2. Masalah Pendengaran
 3. Masalah Penglihatan
4. Masalah  Pertuturan
5.  Kecacatan fizikal
6. Perkembangan lewat

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 

Perjanjian bertulis antara pihak sekolah dan ibu bapa 
Murid berhak menerima perkhidmatan yang dinyatakan 
Matlamat & objektif : berdasarkan prestasi sedia ada murid 
Pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas 
Penilaian berterusan murid 
Dokumen kanak-kanak berkeperluan khas 
Menerangkan objektif PdPc 
Disediakan oleh guru khas, ahli professional, ibu bapa dan ahli badan sukarela 

LIMA UNSUR PENTING DALAM RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
  1.          Peringkat  pencapaian pendidikan dalam kemahiran.
  2.          Perkhidmatan pendidikan dan bahan pengajaran
  3.          Anggaran tarikh bagi permulaan dan khidmat prosedour
  4.          Kriteria dan prosedour penilaian.
  5.          Maklumat tahunan ( objektif pengajaran jangka pendek) 
  
         PROGRAM PEMULIHAN 
> Membantu murid-murid yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu masalah 3M.
> Program ini kebanyakan dijalankan untuk murid tahap satu di sekolah rendah.
Mereka terdiri daripada murid yang tahap pencapaian yang tidak memuaskan. 


PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN 

1)Mengenalpasti pelajar
2)Melakukan ujian saringan
-Ujian diagnostik & ujian pengamatan 
-Analisis ujian diagnostik & ujian pengamatan 
-Penyediaan rancangan pengajaran
-Pengajaran dan pembelajaran
3)Penilaian 

CIRI CIRI GURU PROGRAM PEMULIHAN
  
>Mempunyai pendirian yang teguh 
>Mempunyai kecekapan dan kecerdasan yang tinggi
>Tidak takut terasing dengan kakitangan sekolah yang lain.
> Cukup terlatih dan sedia mempelajari kecekapan dalam pengajaran




No comments:

Post a Comment

BAB 13 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KONSEP PENGURUSAN PEMBELAJARAN > Menurut Stoner (1984) mengatakan penguurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, men...