Saturday, November 24, 2018

BAB 13 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KONSEP PENGURUSAN PEMBELAJARAN
> Menurut Stoner (1984) mengatakan penguurusan ialah satu proses merancang, mengelola,
memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk 
mencapai matlamat yang ditentukan.
> Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.


ELEMEN PENGURUSAN PEMBELAJARAN:


-MERANCANG
-MENGURUS
-MENGAWAL
-MENGARAH



1) MERANCANG. 

➜Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,pengetahuan sedia ada murid.Merancang strategi dan kaedah pengajaran.
➜Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 
Merancang bahan-bahan pengajaran 
Merancang aktiviti kumpulan 
Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik

2)MENGURUS.

Mengurus rutin bilik darjah
Mengurus aktiviti murid
Mengurus bahan-bahan pelajaran
Mengurus disiplin bilik darjah
Mengurus aktiviti kumpulan
Mengurus aktiviti penilaian

3) MENGAWAL.

Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah
Mengawal aktiviti kumpulan.
Mengawal murid bermasalah peribadi
Memastikan masalah disiplin tidak timbul
 Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan


4) MENGARAH

- Mengarah murid menjawab soalan guru
- Mengarah murid mendengar, membaca, mengira dan menulis.
- Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing- masing.
- Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah
- Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran
- Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.



KEPENTINGAN PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN, 

Menurut Nordisyat Ibni Qasim pengurusan alam pembelajaran adalah bagi memenuhi masa yang telah diperuntukkan untuk mengajar dan memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.
-Berperanan dalam meningkatkan  prestasi pelajar
-Berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu  berpandukan sukatan pembelajaran.
-Meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.
- Memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai

RUMUSAN

Kesimpulannya, pengurusan alam  pembelajaran  haruslah dititikberatkan oleh para guru supaya
minat pelajar dapat dipupuk dengan mudah dan berhasil . Selain itu segala pemindahan maklumat
antara guru dengan pelajar dapat meningkatkan pencapaian para pelajar. Akhir sekali pengurusan
alam pembelajaran amatlah penting tanpa mengira golongan tua , dewasa atau kanak-kanak.

BAB 12 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

>Sekolah adalah tempat pusat penyebaran  maklumat dan ilmu pengetahuan
>Berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang bersahsiah dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PERSEKITARAN FIZIKAL.

> Susunan dan reka bentuk fizikal
> Sumber Bahan pembelajaran
> Ruang atau sudut pembelajaran.
> Pengudaraan
> Perabot
> Kebersihan

PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL

> Suasana selesa dan mesra
> Suasana yang merangsang pembelajaran
> Menggalakkan pembelajaran koperatif
> Memberi peluang yang sama kepada semua murid.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT.

> Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi satu agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran.
>Sekolah mementingkan  perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat.
> Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.

PERANAN SEKOLAH KEPADA MASYARAKAT.

>Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak-kanak belajar tentang perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka.
>Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis
>Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.

PERANAN IBU BAPA.

>Ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui bantuan dana dan kepakaran
> Membantu membanteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah.
>Menghadiri jemputan sekolah untuk memberi motivasi dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid.

HUBUNGAN SEKOLAH & IBU BAPA  (PIBG)

>Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru
> Membantu dalam memajukan perkembangan murid
> Menjaga kebajikan murid
> Menambah sumber kewangan sekolah
>Menjayakan aktiviti dan program pendidikan
>Meningkatkan keceriaan premis sekolah.

KERJASAMA ANTARA SEKOLAH DAN MASYARAKAT.

> Menyediakan kemudahan seperti dewan, gelanggang, padang yang  boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama.
>Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah.
> Kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempay lawatan sambil belajar untuk pelajar.

CABARAN- CABARAN YANG DIHADAPI.

> Masalah buku teks, prasarana yang tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian, buku kerja tambahan yang dianggap membebankan ibu bapa.
> Sikap ibu bapa menyerahkan tugasan mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru.
>Apabila kanak-kanak terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa akan menuding jari dengan menyalahkan guru adn pihak sekolah.
>Ibu bapa yang cepat melatah dan mengambil tindakan disiplin terhadapa anak-anak mereka.



> Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turt mendapat faedah. yang berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual.


BAB 11 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

PENGENALAN.

•Pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan pelajar pelbagai upaya seharusnya diberi perhatian
dan seharusnya di ajar menggunakan modul yang sesuai bagi mereka. 
•Berdasarkan prestasi murid yang dikesan melalui pentaksiran, murid-murid yang mendapat prestasi
yang cemerlang akan diberi pengayaan dan mereka yang mendapat prestasi yang rendah perlu diberi
pemulihan di dalam kelas.
•Manakala pelajar berkeperluan khas yang menunjukan prestasi cemerlang perlu mengikuti
program inklusif.Ini penting bagi memastikan semua murid mendapat peluang sesuai dengan slogan
pendidikan untuk semua.

Konsep Pendidikan Pemulihan 

> Satu perkhidmatan yang diadakan secara khusus untuk murid-murid yang menghadapi
kesulitan pembelajaran seperti kemahiran membaca , menulis dan mengira. 
> Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan.
> Program pemulihan  khas adalah mengutamakan prinsip meyelesaikan masalah seawal
mungkin  supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat
persekolahan menengah rendah

K
Definisi & Konsep Keperluan Khas 
i.Semua manusia tidak memiliki kesempurnaan sama ada dari segi fizikal, mental, emosi dan 
sosial. Mereka dikenali sebagai pelajar berkeperluan khas. 
ii.Menurut Ormrod pada tahun 2000, beliau mengkategorikan bahawa pelajar berkeperluan khas
kepada beberapa kategori seperti:
         •pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran,
•kecacatan bahasa atau percakapan,
•gangguan emosi,
•autisme,
•pelajar pintar cerdas,
•mengalami kecacatan mental, anggota, pendengaran
•lain-lain. 

DEFINISI MURID BERKEPERLUAN KHAS 

•Menurut Akta Pendidikan 1996, murid-murid berkeperluan khas bermaksud murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.
•Menurut Heward 2003, kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak- kanak Pintar Cerdas
merupakan kumpulan pelajar yang memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah
mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka.
•Kail 2001 menyatakan bahawa hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu 
luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. 
exceptional children merupakan murid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar
profesional klinikal sebagai permasalahan yang mengganggu proses pembelajaran.
Permasalahan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam
kebolehan-kebolehan fizikal, intelek, emosi dan sosial.
•Masalah Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif
( kerencatan akal ) yang dianggap boleh diajar ( Educable ) dan boleh mendapat pendidikan
formal ( Encik Abdul Rahman Bin Talib, 2007) 


KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 

Kanak-kanak luar biasa (exceptional children)  Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak 
kanak biasa; merangkumi mereka yang mengalami   kesukaran dalam pembelajaran dan juga 
mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada   kanak-kanak biasa. 

Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities) 
  Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara 
sinonim  dgn   mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan.
 Ketidakupayaan ini menghalang   dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan  
tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh   orang biasa.

 Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children) 
  Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika  
 berinteraksi dengan dengan persekitaran. 

Kanak-kanak berisiko (at risk children)
 Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar  
mengalami   sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko  
untuk menjadi cacat 

KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN

 1. Masalah Pembelajaran Spesifik
 2. Masalah Pendengaran
 3. Masalah Penglihatan
4. Masalah  Pertuturan
5.  Kecacatan fizikal
6. Perkembangan lewat

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 

Perjanjian bertulis antara pihak sekolah dan ibu bapa 
Murid berhak menerima perkhidmatan yang dinyatakan 
Matlamat & objektif : berdasarkan prestasi sedia ada murid 
Pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas 
Penilaian berterusan murid 
Dokumen kanak-kanak berkeperluan khas 
Menerangkan objektif PdPc 
Disediakan oleh guru khas, ahli professional, ibu bapa dan ahli badan sukarela 

LIMA UNSUR PENTING DALAM RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
  1.          Peringkat  pencapaian pendidikan dalam kemahiran.
  2.          Perkhidmatan pendidikan dan bahan pengajaran
  3.          Anggaran tarikh bagi permulaan dan khidmat prosedour
  4.          Kriteria dan prosedour penilaian.
  5.          Maklumat tahunan ( objektif pengajaran jangka pendek) 
  
         PROGRAM PEMULIHAN 
> Membantu murid-murid yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu masalah 3M.
> Program ini kebanyakan dijalankan untuk murid tahap satu di sekolah rendah.
Mereka terdiri daripada murid yang tahap pencapaian yang tidak memuaskan. 


PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN 

1)Mengenalpasti pelajar
2)Melakukan ujian saringan
-Ujian diagnostik & ujian pengamatan 
-Analisis ujian diagnostik & ujian pengamatan 
-Penyediaan rancangan pengajaran
-Pengajaran dan pembelajaran
3)Penilaian 

CIRI CIRI GURU PROGRAM PEMULIHAN
  
>Mempunyai pendirian yang teguh 
>Mempunyai kecekapan dan kecerdasan yang tinggi
>Tidak takut terasing dengan kakitangan sekolah yang lain.
> Cukup terlatih dan sedia mempelajari kecekapan dalam pengajaran




BAB 13 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KONSEP PENGURUSAN PEMBELAJARAN > Menurut Stoner (1984) mengatakan penguurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, men...