Saturday, November 24, 2018

BAB 6 PENGURUSAN BILIK DARJAH

 ILMU PENGURUSAN FIZIKAL.


  -Merujuk kepada iklim dan persekitaran bilik darjah.


 -Berkaitan dengan pengurusan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah.



Iklim fizikal :-

Mengurus, merancang cara mengatur kedudukan pelajar, susun atur kerusi dan meja serta cara kelas dihias.

Iklim fizikal penting
mampu menggalakkan dan menghalang pembelajaran pelajar


Iklim Emosi :-

Gabungan elemen seperti suara guru, sikap guru, kemesraan dan kelucuan guru, teknik mengawal bilik darjah, gaya kepimpinan dan kaedah mengajar serta penggunaan pujian.


 1)Kawalan suara
 - Suara   diselaraskan dengan situasi- gembira, marah, pujian, kritikan
  - Pelajar tidak takut untuk bertanya atau menjawab (komunikasi lebih berkesan

2) Sikap
  - Sikap yang bersahaja, riang, optimisti
  - Tanpa meletakkan ekspektasi yang terlalu tinggi
  -  Mempengaruhi pencapaian pelajar

3) Kelucuan.
  - Jenaka bersesuaian agar tidak keterlaluan hingga hilang tanda hormat pelajar kepada guru.
  - Fungsi untuk menarik minat pelajar apabila pelajar mula bosan dan mengerat hubungan pelajar dan guru

4) Teknik Kawalan.
-Teknik kawalan positif dan negatif
 - Kawalan positifpujian, galakan
 - Kawalan negatifdendaan dan hukuman
 - Teknik perlu seimbang untuk suasana Bilik Darjah yang baik


Iklim Sosial
Mengkaji suasana sosial bilik darjah melalui pemerhatian dan teknik sosiometri. Sosiometri ialah
 teknik mencari dan mewujudkan perhubungan pelajar dengan pelajar lain.



    ILMU PENGURUSAN BAHAN PENGAJARAN.

- Kejayaan guru dalam pengurusan bilik darjah bergantung kepada perancangan PdPc ( RPH).
- Sebelum proses Pdpc, guru perlu menghasilkan perancangan isi pengajaran yang tersusun bagi
  mencapai objektif pengajaran.
- Guru perlu menguasai kemahiran teknologi bagi memastikan mutu pengajaran berjalan seiring
  dengan arus peredaran masa.
-Sebelum memulakan PdPc guru perlu “refreshing” minda para pelajar untuk mengingati balik isi
  pelajaran yang telah diajar sebelum ini. Keadaan ini membolehkan kesinambungan isi pelajaran 
dapat difahami oleh para pelajar

   
   ILMU PENGURUSAN DISIPLIN MURID.

-Disiplin penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan.
-Guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan, mengawal murid-murid supaya mematuhi 
  peraturan bilik darjah, dan menghukum murid-murid yang melanggar peraturan.

  MODEL DISIPLIN DAN APLIKASINYA.

Teknik Modifikasi Tingkah Laku Skinner
-Pendekatan sistematik melalui aplikasi prinsip pelaziman
-Teknik modifikasi tingkah laku skinner mempunyai dua iaitu peneguhan positif dan negatif.
- Peneguhan samada positif atau negatif digunakan untuk  meneguhkan atau meningkatkan tingkah
 laku yang diingini
-
 1) Positif
>Berlaku apabila rangsangan diberi seperti hadiah, pujian.
 >Tujuan = meningkatkan tingkah laku murid yang diingini.

2) Negatif
>Berlaku apabila rangsangan seperti majalah, komik diambil.
>Tujuan = supaya murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.


-Guru juga boleh menggunakan kaedah Ganjaran dan Dendaan dalam mempengaruhi disiplin murid-
murid.
-Ganjaran adalah sebagai satu pengiktirafan kepada para pelajar keatas hasil kerja atau perbuatan 
baik yang telah dilakukan.
-Dendaan bersifat memberi kesedaran keatas kesalahan yang dilakukan.
- Antara kelebihan dan keburukan ganjaran dan dendaan ialah :


1) Ganjaran.

-Kebaikannya ialah  mewujudkan kaitan yang seronok dengan tingkah laku yang positif, 
menggalakkan minat terhadap pelajaran dan mengekalkan menggalakkan nilai moral yang tinggi.
-Keburukannya pula ialah bersikap ekstrinsik menggerakkan murid-murid supaya melakukan 
aktiviti untuk mendapatkan hadiah, dan menggalakkan sifat murid menipu dan  sifat cemburu.


2) Dendaan.

- Kebaikannya ialah sebagai pencegahan, sebagai satu bentuk disiplin yang berguna.
- Keburukannya ialah jika salah menyalahi denda akan mengakibatkan murid tersebut membenci  
untuk ke sekolah.

                          
          


No comments:

Post a Comment

BAB 13 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KONSEP PENGURUSAN PEMBELAJARAN > Menurut Stoner (1984) mengatakan penguurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, men...