Wednesday, November 21, 2018

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN ( TADIKA BAHAGIAN 2))



APAKAH AKTIVITI YANG SESUAI DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

>Sebagai seorang guru juga haruslah bijak memilih aktiviti sesuai yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan tahap pencapaian umur kanak-kanak

>Terdapat beberapa aktiviti yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya adalah seperti berikut.

 1) Belajar melalui bermain.

>        Kanak-kanak juga akan berasa gembira untuk belajar dan senang untuk membuat   penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman secara langsung semula jadi

>         Dapat meningkatkan perkembangan fizikal, kognitif, emosi, sosial dan sebagainya.

2)      Pendekatan bertema
.
>        Pendekatan bertema   adalah penguasaan  pengurusan dan pembelajaran  melalui satu topik  atau tema yang dipilih ini haruslah bersesuaian dengan  masa, tempat, minat dan latar belakang kanak-kanak.
>        Misalnya pada hari rabu kanak-kanak akan melakukan  aktiviti melukis dan mewarna  yang berasaskan kartun-kartun haiwan dan sebagainya

3)      Pendekatan bersepadu.

>         Pendekatan ini mengabungkanjalinkan di antara dua atau tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak dalam satu masa seperti kemahiran mendengar, bertutur , membaca dan menulis.

  >   Melibatkan kesepaduan beberapa kemahiran dan nilai murni samada aktiviti di dalam kelas atau luar kelas yang berfokuskan kepada guru dan berfokuskan kepada murid  serta mempelbagaikan kaedah dan teknik.

4)      Penggunaan ICT dalam pembelajaran.

    >Mengikut peredaran zaman yang semakin canggih

    >Misalnya kanak-kanak dapat mengenal komputer secara terperinci contohnya  mengenal tetikus dan sebagainya
.
     >Dapat membantu guru melaksanakan proses pengajaran  dan pembelajaran serta
      mereka dapat memperoleh maklumat

5)    Pendekatan nyanyian, muzik dan pergerakan kreatif.

           > Muzik atau nyanyian dan pergerakan kreatif bukan sahaja disukai oleh orang 
                dewasa malah kanak-kanak menyukainya kerana dengan adanya  muzik dan  
               pergerakan, mereka akan berasa seronok serta dapat meluahkan perasaan melalui 
               muzik .

        Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang guru juga haruslah memberi penekanan   dalam merancang aktiviti yang sesuai digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta dapat mengaplikasikannya supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. 

KEPENTINGAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN. 

-    Menurut Noraishah Ibni Qasim pengurusan alam pembelajaran bagi memenuhi masa yang telah diperuntukkan untuk mengajar,  serta memastikan objektif pembelajaran  tercapai.
-    Berfungsi dalam penyampaian ilmu berpandukan sukatan pembelajaran. Sebagai contohnya guru akan mengajar menggunakan sukatan pembelajaran yang telah disediakan dan ditetapkan.

-    Berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar. Hal ini kerana mempunyai sistem pengajaran dan pembelajaran yang sistematik. 
 -    Pembelajaran dapat dijalankan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Hal ini kerana dengan adanya proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berlangsung tidak kira di dalam kelas atau di luar kelas. Dengan adanya perkara sedemikian dapat meningkatkan perkembangan kognitif, sosial, emosi dan sebagainya.
 


No comments:

Post a Comment

BAB 13 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KONSEP PENGURUSAN PEMBELAJARAN > Menurut Stoner (1984) mengatakan penguurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, men...